nuffnang

Jumaat, 20 Januari 2017

Asam Gelugur

Salam bertani.

Pokok asam gelugur adalah pokok saka berkayu yang tinggi dan besar apatah lagi sekiranya ditanam dengan biji benih. Walau bagaimana pun, pokok asam gelugur yang dibiakkan melalui kaedah cantuman baji agak kurang membesar dan rimbun serta cepat mengeluarkan hasil. Sebahagian pokok asam gelugur yang ditanam melalui biji benih tidak akan mengeluarkan hasil sekiranya menjadi pokok jantan.

Hasil utama tanaman asam gelugur ialah buahnya yang dijadikan asam keping. Buah asam gelugur matang berasa sangat masam dan sesuai dijadikan perasa masam makanan menggantikan asam jawa.
Buah matang asam gelugur dihiris nipis-nipis dan dijemur selama sepuluh hari sehingga kering menjadi asam keping. Asam keping digunakan sebagai perasa masakan melayu seperti masak asam pedas, masak lemak cili api dan masak singgang. Ia juga digunakan untuk menghilangkan bau hanyir ikan atau daging.

Pucuk muda asam gelugur boleh dijadikan ulaman sama ada dimakan mentah atau dicelur dan dimakan bersama sambal belacan, budu atau cencaluk. Ia juga boleh dijadikan ramuan nasi kerabu dan nasi ulam.


Sebiji buah asam gelugur matang.


Anak benih pokok asam gelugur yang dibiakkan melalui cantuman baji.


Setangkai bunga asam gelugur.



Bunga asam gelugur akan membentuk putik buah.


Buah asam gelugur muda.


Sebiji lagi.


Buah asam gelugur muda yang gugur ke tanah.



Digugurkan oleh monyet tetapi tidak memakannya kerana
rasanya terlalu masam.


Buah asam gelugur matang yang sesuai dituai untuk dijadikan 
asam keping.


Inilah asam keping.
Hasil daripada buah asam gelugur yang dikeringkan.


Harga runcit asam keping melebihi RM22.00 sekg


Daun pokok asam gelugur.
Pucuk mudanya boleh dijadikan ulaman.


Sepohon asam gelugur dewasa yang sentiasa mengeluarkan bunga
dan buah. Buahnya tidak bermusim dan dihasilkan sepanjang tahun.

Daun, bunga dan buah asam gelugur mempunyai nilai herba yang boleh digunakan sebagi bahan perawatan alternatif pelbagai jenis penyakit. Ia mengandungi asid askorbik yang bersifat antibakteria.
Ia juga boleh digunakan untuk perawatan penyakit kencing manis, menurunkan darah tinggi, mengurangkan berat badan, mengawal nafsu makan dan masalah jantung dan bertindak sebagai antioksidan. Manakala jus minuman asam gelugur boleh mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.
Waulahualam.

Salam bertani.

Sabtu, 14 Januari 2017

Musim Nangka

Salam bertani.

Sekarang sedang musim buah nangka masak di dusun WP. Buah nangka masak biasanya WP kupas sendiri untuk mengeluarkan isinya dan disimpan dalam peti ais untuk santapan seisi keluarga. Sebahagiannya diberian kepada jiran-jiran dan ada juga yang dijual di paskam.


Sebahagian daripada isi nangka madu.


Isi buah nangka siam.
Ulasnya kecil sedikit tetapi rasanya sangat manis.


Keratan buah nangka siam yang matang.



Seulas isi nangka siam.



Buah nangka siam matang yang sudah di tuai.


Nangka J33


Menunggu masa untuk dituai.


Sebiji lagi


Pastika hanya sebiji buah nangka setangkai untuk mendapatkan
buah yang berkualiti.


Sebiji buah nangka yang telah dituai.
beratnya melebihi 30 kg.


Salam bertani.

Khamis, 12 Januari 2017

Bekal

Salam bertani

WP sering membawa  makanan untuk dijadikan bekal semasa bekerja. Puan isteri biasanya akan bangun awal sebelum subuh untuk menyediakan segala juadah yang perlu dibawa. Inilah menu bekal makanan  WP pagi tadi.


1. Nasi putih  beras Faeza Herba Poni Taj Mahal.
2. Daging ayam kampung masak ungkep sembelih sendiri. Letak 3 ketul saja.
3. Hati lembu fresh masak ungkep juga, Hati lembu fresh beli di paskam.
4. Sayur labu manis masak lemak campur kacang panjang. Labu manis hasil tanaman sendiri dan           sayur kacang panjang beli di paskam.
5. Telur ituk masin buatan sendiri.

Air minuman, bawa air mineral sebotol .
Jemput makan. WP makan sesorang saja.
Salam bertani.

Ahad, 8 Januari 2017

Nanas Sarawak 4

Salam bertani.

Pokok nanas sarawak yang hidup di sekeliling rumah WP, bermusim sepanjang tahun. Oleh kerana tidak ditanam secara komersial, hasilnya tidak serentak dan dapat dituai sepanjang masa. Pokok nanas sarawak ini hidup secara semula jadi dan sesuai hidup di kawasan separa terlindung seperti di bawah pokok pisang atau dusun buah-buahan.

Buah nanas sarawak asli dikatakan sebagai buah nanas yang paling besar dengan rasa yang sangat manis dan bersari. Buahnya boleh mencecah hingga 5kg sebiji sekiranya pokoknya subur. WP tidak menanam pokok nanas lain selain daripada nanas sarawak kerana penjagaannya yang rumit.



Sebiji buah nanas sarawak yang matang di pokok dan sesuai dituai.


Sulur nanas sarawak tumbuh daripada induknya.


Sulur nanas sarawak perlu diubah ke tanah.


Pokok nanas sarawak ditanam bersama-sama pokok hiasan
 dan sayuran di sekeliling rumah.


Pengurusannya lebih mudah kerana pokok nanas sarawak
tidak berduri dan tahan lasak.


Putik nanas sarawak.
 Jambulnya dibuang.


Berbuah secara semulajadi dan tidak serentak.


Buah nanas sarawak yang dibuang jambulnya.
Bentuknya lebih sekata.



Buh nanas sarawak yang dibiarkan jambulnya.
Bentuknya memanjang dan tirus di bahagian atas.


Buah nanas sarawak yang terlalu besar akan tumbang ke bawah
tetapi tidak akan merosakkan buahnya.



Nanas sarawak berjambul matang.
Bahagian atasnya lambat matang dan kurang manis.


Buah nanas sarawak matang dan induknya telah
mengeluarkan sulur.


Buah nanas yang berbentuk sekata akan matang sekata dan
berasa manis sekata.


Isi buah nanas sarawak.
Sangat manis dan bersari.
Sesuai dimakan sebagai pencuci mulut atau dijadikan jus.

 Salam berani.

Jumaat, 6 Januari 2017

Telur Ayam Kampung

Salam bertani.

WP menternak ayam kampung untuk mendapatkan hasil daging dan telurnya. Anak-anak ayam kampung yang menetas akan diternak sehingga dewasa. Ayam kampung jantan biasanya WP akan sembelih untuk dijadikan juadah tetapi ayam-ayam betina akan terus dibela untuk menghasilkan telur ayam kampung.

Hanya beberapa ekor ibu ayam kampung yang dikhaskan untuk mengeramkan telur-telur ayam untuk mendapatkan anak-anak ayam yang berkualiti. Tempoh pengeraman telur ayam adalah dua puluh satu hari sehingga menetas. Anak-anak ayam akan dikurung bersama-sama ibunya sehingga sebulan sebelum dipisahkan.

 Ibu-ibu ayam muda yang bertelur pada musim pertama biasanya menghasilkan telur yang bersaiz kecil dan tidak dieramkan. Telur-telurnya akan dituai untuk dijadikan santapan WP sekeluarga.
Ayam betina akan bertelur di dalam sangkar yang disediakan. Sangkar telur diperbuat daripada kayu atau bekas plastik dan dialas dengan daun pisang kering, kain buruk atau surat khabar lama.


Telur seekor ibu ayam di dalam sangkar telur.


Sangkar telur dialas dengan daun pisang kering.


Sangkar telur menggunakan laci almari terpakai.


Ini telur-telur dua ekor ibu ayam.
Seekor ibu ayam akan menghasilkan 8 hingga 12 biji
 telur sahaja semusim.


Seekor ibu ayam akan bertelur sebiji sehari pada waktu pagi.


Telur-telur ayam yang sedia dieramkan.


Sangkar-sangkar telur ayam disediakan di dalam reban untuk
mengelakkan serangan musuh seperti monyet dan biawak.


Ibu-ibu ayam sedang mengeram serentak.
Setiap sangkar mengandungi 15 biji telur.


Ibu ayam sedang mengeram


Ibu ayam akan mengeram selama 21 hari sebelum
telur-telur menetas


Pengeraman telur secara semulajadi.
Ibu ayam hanya keluar untuk makan dan minum beberapa hari sekali.


Seekor lagi ibu ayam yang sedang mengeram.


Anak-anak ayam berumur seminggu selepas penetasan.


Anak-anak ayam akan dikurung selama sebulan bersama-sama ibunya.


Seekor ibu ayam menjaga anak-anaknya.
Kira berapa jumlah anaknya.



Ini adalah telur-telur ayam ibu muda yang bertelur musim pertama.
Telur-telurnya bersaiz kecil dan tidak dieramkan.
Dituai untuk dijadikan santapan.

Telur ayam kampung adalah telur subur yang dihasilkan secara organik dan semulajadi. Telur subur bermaksud telur yang dihasilkan  dari persenyawaan ayam jantan dan ayam betina berbanding dengan telur yang dijual dipasar adalah telur tidak subur.

 Telur ayam kampung dikatakan mengandungi lebih banyak nutrisi dan omega 3. Ia mengandungi pelbagai khasiat kesihatan terutama untuk jantung, mata dan paru-paru kerana mengandungi kurang kolesterol berbanding telur komersial. Telur ayam kampung biasanya dimakan bersama dengan jamu atau madu untuk kesihatan badan dan stamina.

 Telur ayam kampung juga mengandungi khasiat untuk kecantikan kulit, mengurangkan jerawat dan kecantikan rambut.
Waulahualam.