Isnin, 23 November 2015

Hasil Kebun 1.

Salam bertani.

Hasil daripada kebun "Warisan Petani"pada hari ini.

1. Durian.
Durian musim kedua pada tahun ini telah mulai gugur. Walau pun hasilnya tidak banyak tetapi dapat juga merasa kelazatan buah durian di luar musim.



Sebiji durian sulung gugur pada waktu pagi.


 Cukup masak. Enak dan lazat.


Pada waktu petang, empat biji lagi gugur.




Salah satu buah durian yang dibuka.

2. Nangka Madu.

Sebiji nangka madu telah sampai masa untuk dituai.


Buah nangka madu di pokok.


Besar dan berat.


37 kg. Harga jualan borong  RM2.00 sekg.

3. Kelapa.
Memetik dan mengupas 15 biji kelapa.


Habis dijual.  RM1.50 sebiji.

 Berbudi kepada tanah pasti mendapat pulangan. Bukan kerana kewangan semata-mata tetapi lebih kepada kepuasan melihat hasil titik peluh sendiri.
Salam bertani.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan