Ahad, 13 Disember 2015

Kebun Kelapa Sawit 1.

Salam bertani.

Kelapa sawit merupakan tanaman utama di negara kita selain tanaman getah. Kelapa sawit  banyak ditanam secara ladang tetapi sekarang sudah ramai pekebun kecil menanam kelapa sawit menggantikan tanaman getah dan kelapa.

     Sebagai pekebun kecil, "Warisan Petani" juga mengusahakan tanaman kelapa sawit di samping tanaman-tanaman lain. Tanaman kelapa sawit tidah sesuai ditanam bercampur-campur dengan tanaman lain.

    Hasil tanaman kelapa sawit ialah buah kelapa sawit matang yang dijual terus kepada pemborong-pemborong kelapa sawit. Hasil sawit dikutip dua kali sebulan dengan menggunakan galah sabit atau pahat. Buah sawit yang lambat dituai akan luruh dari tangkai dan cepat rosak.


Benih pokok kelapa sawit dalam polybag berumur lebih kurang setahun. Benih pokok kelapa sawit perlu diperolehi dari pusat penyemaian biji benih yang diperakui ketulenannya. Jangan ambil anak benih yang tumbuh sendiri di bawah pokok kelapa sawit sebagai bahan tanaman kerana akan menjejaskan hasil tanaman kelak.


Anak benih kelapa sawit yang baru di tanam di kebun. Jarak penanaman adalah 10 meter di antara pokok sama ada menggunakan sistem empat segi (10m X 10m), tiga segi (10m X 10m X 10m) atau siku keluang. Kebun ini asalnya adalah dusun buah-buahan campuran yang terpaksa ditebang kerana masalah serangan monyet terhadap hasil buah-buahan yang sangat serius dan kurang penjagaan.


Pohon kelapa sawit berumur empat tahun yang berbuah lebat. Pokok kelapa sawit boleh mula mengeluarkan hasil yang sesuai dituai apabila berumur dua setengah tahun.


Alat pemotong tandan kelapa sawit iaitu pahat sawit. Mata pahat disambungkan dengan pemegang besi paip untuk memotong tandan kelapa sawit. Ia digunakan untuk pokok kelapa sawit muda yang masih rendah.


Bagi pokok kelapa sawit yang telah tinggi alat ini digunakan untuk memotong tandan buah kelapa sawit dan pelepahnya. Mata sabit yang disambungkan dengan galah aluminium mengikut ketinggian pokok kelapa sawit.

 Ini ialah bunga jantan kelapa sawit  yang mengeluarkan debunga. Debunga kelapa sawit berwarna putih seperti tepung dan penyebarannya melalui angin atau serangga. Bunga jantan kelapa sawit tidak akan menjadi buah dan akan kering apabila debunganya habis.


Ini adalah jambak bunga betina kelapa sawit. Apabila terdebunga ia akan membentuk buah kelapa sawit dan memerlukan masa enam bulan untuk matang.


Putik buah kelapa sawit dari jambak bunga betina yang telah terdebunga. Sekiranya banyak bunga betina yang dihasilkan maka banyaklah hasil pokok kelapa sawit tersebut.


Tandan kelapa sawit yang hampir matang. Warnanya bertukar daripada hitam kepada kemerah-merahan.


Buah kelapa sawit yang telah matang. Sekiranya ada buah kelapa sawit yang terlerai dari tandannya maka tandan kelapa sawit itu perlu dipotong segera. Sekiranya terlewat, kebanyakan buah sawit itu akan terlerai dan gugur ke tanah.



Sepohon kelapa sawit boleh mengeluarkan kedua-dua bunga jantan dan bunga betina. Walau bagaimana pun bunga-bunga itu tidak keluar serentak dan tidak boleh berlaku pendebungaan pada pokok yang sama. Hanya bunga betina akan menjadi tandan buah.


Pokok kelapa sawit yang hanya mengeluarkan bunga jantan. Pokok ini tidak mengeluarkan tandan buah dan tidak berhasil. Walau bagaimana pun ia masih berguna kerana mengeluarkan debunga untuk disenyawakan kepada bunga betina pokok lain.


Sepohon lagi pokok pejantan kelapa sawit. Sekiranya terlalu banyak pokok seperti ini, pekebun kelapa sawit akan rugi kerana tiada hasil.



 Sepohon  pokok kelapa sawit yang hanya mengeluarkan jambak bunga betina. Setiap jambak bunga betina akan menjadi tandan buah. Bagi pokok yang masih rendah begini, pekebun menggunakan pahat sawit untuk memotong pelepah dan tandan buah.


 Pendapatan dari kebun kelapa sawit bergantung kepada kualiti dan kuantiti buah yang dihasilkan. Penjagaan yang rapi terutama jadual pembajaan amat perlu bagi pengeluaran hasil yang maksima.



Buah Tandan Segar (BTS) yang baru dipotong menggunakan pahat sawit. Buah sawit berwarna merah dan sabutnya berwarna kuning. Bahagian sabutnya yang diproses untuk mendapatkan minyak sawit. Selain itu bahagian isirongnya (isi dalam tempurug) juga boleh menghasilkan minyak.


BTS yang telah dipotong dikumpulkan di tepi jalan kebun untuk diangkut menggunakan lori sebelum dihantar ke pusat pengumpulan BTS.

Sehektar kebun kelapa sawit boleh menghasilkan lebih kurang tiga tan buah tandan segar (BTS) sawit sebulan. Harga semasa sekarang dalam lingkungan RM380.00 satu tan. Bagi pekebun kelapa sawit, harga sekarang hanya setakat balik modal sahaja kerana kos baja dan racun rumpai yang semangkin meningkat. Diharapkan harga buah kelapa sawit akan meningkat pada paras yang dapat memberi keuntungan kepada pekebun iaitu sekurang-kurangnya RM500.00 satu tan.

Salam bertani dari kebun "Warisan Petani".

13 ulasan:

  1. Assalamualaikum tuan...Sy ada email tuan...Jika tidak keberatan,tuan boleh check email tuan...Terima kasih ye...

    BalasPadam
  2. pokok yang hanya mengeluarkan bunga jantan perlu dibunuh atau biarkan saja?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak berbuah langsung, gantikan aje dengan sulaman baru

      Padam
  3. Assalamualaikum...sy nak tau berapa anggaran kos utk 6 ekar penanaman sawit

    BalasPadam
  4. Adakah bush kelapa sawit yang pertama boleh dituai apabila mask?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya dibiarkan sahaja atau dibuang kerana tandannya terlalu kcil

      Padam
  5. terima kasih wak diatas perkongsian lengkap ini. ini sebagai rujukan di kebun ayah saya .

    BalasPadam
  6. Dalam usia berapa sawit patut dijadikan benih

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum tuan, mahu bertanya, buah mengkal bole di tuai atau tidak bole? Sebab ada beritahu saya tidak bole sebab risau trjadi nya ketidaksuburan nya pokok n buah.
    Terima kasih😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wkmussalam
      Tuaian buah mengkal tiada kaitan dengan kesuburan pokok tetapi kualiti buah mengkal yang dituai kurang baik untuk dipasarkan

      Padam
  8. Soalan yang baik tuan..jawapanya biji benih sawit boleh bertahan dalam tempat penyimpanan yang dibawah suhu adalah selama 24 bulan/
    2-Bagi yang tiada tempat simpanan bersuhu pula sehingga 12 bulan yakni jika biji tersebut telah bertukar menjadi tempurung kecil.

    BalasPadam
  9. Berapa lama biji benih sawit boleh di simpan sebelum disemai

    BalasPadam