Jumaat, 18 Disember 2015

Ternakan Lembu 4

Salam penternak.

Padang ragut yang digunakan sebagai tempat penternakan lembu  telah mengalami banjir selama dua hari pada pertengahan bulan lepas. Selepas sebulan berlalu, kini padang ragut tersebut telah dipenuhi dengan rumput yang subur akibat banjir tersebut dan hujan yang selalu turun. Adalah diharapkan agar musim tengkujuh ini tidak mengakibatkan banjir sekali lagi.


Keadaan padang ragut selepas ditenggelami banjir pada pertengahan bulan lepas.


Keadaan padang ragut sekarang. Rumput sudah mula tebal dan menghijau.



Seekor induk lembu sedang meragut.


Pejantan lembu sedang meragut.



Sekawanan anak lembu sedang meragut.




  Rumput yang subur dan menghijau. 



 Suasana di padang ragut.


Bekalan makanan yang sentiasa mencukupi.

Anak lembu sedang meragut. Air sungai masih dalam kerana
 empangan tasik dibuka.



Keadaan rumput yang menghijau.


Rumput yang subur dan menghijau akan mempastikan bekalan makanan organik untuk ternakan lembu sentiasa mencukupi .Setiap pusingan ragutan memakan masa empat minggu. Ini bemakna rumput-rumput yang telah diragut mempunyai masa empat minggu untuk tumbuh dan menghijau semula sebelum ragutan yang akan datang.

Salam menternak dari "Warisan Petani".


Tiada ulasan:

Catat Ulasan