Sabtu, 5 Mac 2016

Pokok Paku Rawan

Salam bertani.

Pokok paku rawan merupakan tumbuhan akuatik yang hidup di kawasan berair seperti di tebing sungai, parit, tali air dan sawah padi. Walaupun hidup di kawasan berair, pokok paku rawan bukanlah tumbuhan terapung kerana akarnya melekat ke dalam tanah seperti pokok padi. Malah ia akan mati jika ditenggelami air terlalu lama.

      Terdapat banyak pokok paku rawan yang hidup subur di tebing sungai tempat "Warisan Petani" menternak lembu.  Orang-orang di sini memanggilnya pokok genjer atau centongan (bermaksud senduk) kerana bentuk daunnya seperti senduk. Sebenarnya ia bukanlah dari jenis pokok paku pakis kerana tidak mengeluarkan spora tetapi membiak daripada biji benih. Pokok paku rawan hanya hidup di kawasan berair yang bersih dan akan mati sekiranya air tercemar.

    Pokok paku rawan merupakan sayuran kampung dan juga ulaman. Bahagian yang boleh dimakan ialah pucuk muda (yang masih bergulung) beserta batangnya serta jambak bunga yang belum berkembang beserta batangnya juga. Daun yang tua berasa pahit kerana mengandungi getah.

    Pucuk paku rawan enak dijadikan ulaman tetapi tidak boleh dimakan mentah. Ia perlu dicelur atau direbus dan diulam bersama sambal belacan. Pucuk paku rawan juga enak dimasak tumis dan boleh dibuat kerabu. Pokok paku rawan juga boleh dijadikan makanan ternakan


Anak pokok paku rawan yang hidup di tebing sungai.
Gambar diambil semasa air surut.


Pokok paku rawan sedang membesar.


Pokok dewasa yang boleh dituai pucuknya.



Sangat mudah membiak melalui biji benih.


Memerlukan kawasan yang berair


Bentuk daunnya seperti senduk.


Hidup subur di kawasan berair.



Sejambak bunga paku rawan
Bunga yang belum berkembang enak dijadikan sayuran.


Pucuk muda pokok paku rawan yang sesuai dituai.
Daunnya masih bergulung.


Bunga paku rawan berwarna kuning.


Buga yang matang akan menghasilkan biji bnih.


Pucuk paku rawan yang dijual di pasar tani.
seikat  RM1.00

Pucuk paku rawan merupakan sayuran kampung yang mempunyai pelbagai khasiat kesihatan. Ia mengadungi pelbagai vitamin dan boleh melawaskan sistem pemcernaan serta membuang angin dalam badan.

Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan