Sabtu, 7 Mei 2016

Pokok Jambu Gajus

Salam bertani.

Pokok jambu gajus merupakan tumbuhan nadir yang semakin kurang ditanam. Hasil utama tanaman jambu gajus ialah buahnya yang unik kerana mempunyai biji di luar. Biji buah jambu gajus yang telah diproses banyak terdapat di pasaran terutama yang telah dijadikan makanan ringan. Biji jambu gajus juga digunakan dalam masakan terutama untuk masak nasi baryani dan nasi minyak.

   Buah jambu gajus yang matang berwarna merah atau kuning. Ianya boleh dimakan sebagai pencuci mulut tetapi rasanya agak kelat. Buah jambu gajus juga boleh dimasak sebagai sayuan. Manakala pucuk jambu gajus boleh dijadikan ulaman yang enak dimakan bersama sambal belacan atau budu.


Sepohon jambu gajus sedang berbunga


Bunga jambu gajus


Putik jambu gajus. Bijinya lebih besar.


Buah jambu gajus muda


Buah hampir matang



Buah jambu gajus matang berwarna kuning


Pucuk jambu gajus.


Pucuk jambu gajus sesuai dibuat ulam.

Pokok jambu gajus juga mempunyai nilai perubatan dan kesihatan yang banyak terutama daun, bunga dan buahnya. Ia dikatakan mampu meredakan pelbagai penyakit seperti diabetis, batuk dan sakit kerongkong, cirit birit dll. Pengamal ulaman pucuk jambu gajus boleh mengekalkan awet muda. Waulahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan