Khamis, 19 Mei 2016

Pokok Mengkudu.

Salam bertani.

Ada sepohon mengkudu di kebun WP yang sentiasa mengeluarkan buahnya. Buah yang matang akan berguguran ke tanah kerana tidak dituai. WP kurang berminat untuk memanfaatkan buah mengkudu kerana rasa dan baunya yang sangat kurang menyelerakan.

  Anak benih pokok mengkudu mudah hidup melalui biji benih matang yang disemai atau tumbuh sendiri. Pokok mengkudu cepat mengeluarkan hasil iaitu selepas dua tahun ditanan dan akan berbuah sepanjang masa tanpa musim. Pokoknya merupakan tumbuhan saka berkayu keras yang perlu dicantas untuk mengawal ketinggiannya.

  Pokok mengkudu boleh dikategorikan sebagai tanaman herba kerana buah dan daunnya menpunyai pelbagai khasiat kesihatan, kecantikan dan perubatan. Daun mudanya boleh dijadilan ulaman dan masakan dan digunakan juga dalam perubatan tradisional. Buahnya paling tinggi mengandungi khasiat perubatan yang boleh meredakan pelbagai jenis penyakit.Ia juga digunakan untuk perawatan kulit dan masalah rambut.  Buah yang matang boleh dijadikan jus untuk diminum dan boleh dicampur dengan buah-buahan lain untuk mengurangkan rasa kurang enaknya.


Sepohon mengkudu yang sentiasa berbuah.


Bunga mengkudu keluar dari putik buah. Setiap bunga akan
menghasilkan  biji benih di dalam buah mengkudu.


Buah mengkudu muda yang masih menghasilkan bunga di hujungnya.


Buah mengkudu muda berwarna hijau.



Bertukar warna lebih cerah apabila matang.


Belahan dan keratan rentas buah mengkudu.
Mengandungi banyak biji benih


Buah yang matang gugur di bawah pokok.


Daun dan pucuk mengkudu yang boleh dijadikan ulaman



Anak pokok mengkudu yang tumbuh sendiri melalui biji benihnya


Anak pokok mengkudu tumbuh di dalam bekas tanaman bunga.

  Sekarang telah ada kapsul mengkudu yang dihasilkan daripada buah dan daun mengkudu yang ada dijual di kedai-kedai herba. Ianya lebih mudah dimakan berbanding memakan buah mengkudu segar yang berasa pahit dan kurang menyelerakan.

Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan