Jumaat, 13 Mei 2016

Pokok Paku Langsuir.

Salam bertani.

Pokok paku langsuir adalah pokok liar yang hidup menumpang pada pokok lain yang banyak terdapat di dalam hutan, kebun getah atau kelapa sawit. Walau pun hidup menumpang ia tidak bersifat seperti pokok dedalu yang mengambil makanan dari pokok perumah. Pokok langsuir mendapat makanan daripada akarnya yang bersifat seperti span yang boleh menyimpan air hujan dan daun-daun reput yang diperangkap ditengah-tengah perdunya.

  Pokok paku langsuir membiak melalui spora yang dihasilhan di bahagian bawah daun. Ia memerlukan kelembapan yang tinggi dan perlu naungan daripada cahaya matahari untuk hidup subur. Pokok langsuir yang terdedah terus kepada cahaya matahari akan terbantut dan daunnya berwarna kuning tandanya tidak subur.

Terdapat banyak pokok paku langsuir di sekeliling kawasan rumah WP sama ada ditanam atau tumbuh sendiri. Pokok ini boleh mewujudkan landskap yang menarik kerana bentuknya yang unik dan jarang ditemui. Ia tidak perlu penjagaan yang rapi dan boleh hidup subur asalkan tidak terdedah kepada cahaya matahari.


Pokok paku langsuir yang hidup secara semulajadi


Menumpang di pokok getah tua.


Anak pokok paku langsuir yang menumpang di pokok bunga kertas


Anak pokok paku langsuir di dalam pasu.


Dijadikan pokok hiasan.



Hidup subur di bawah pokok rambutan.


Pokok yang hidup di atas tanah mempunyai batang seperti pokok  palma.


Di tepi longkang


Di tepi kolam


Di belakang rumah



Di tepi setor


Di dalam pasu


Di pintu dapur



Di beranda rumah


Pokok paku langsuir yang terdedah kepada cahaya matahari.
Daunnya kuning dan tidak subur.

Pokok paku langsuir bukan lagi pokok liar yang menumpang di pokok lain yang penuh misteri sebagaimana ia mendapat nama. Ia sekarang telah menjadi pokok hiasan yang memenuhi laman rumah dan taman-taman. Masyarakat sekarang memanggilnya pokok paku sarang burung.


Salam bertani.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan