Selasa, 28 Jun 2016

Ayam Hutan 2.

Salam bertani.

Selain bertani, WP juga mengusahakan penternakan secara kecil-kecilan. Ada ternakan lembu, ayam kampung, ayam hutan dan itik telur. Kerja-kerja penternakan hanya dijalankan sebagai hobi untuk mengisi masa lapang.

    WP mempunyai beberapa ekor ayam hutan asli yang dipelihara secara kurung lepas di belakang rumah. Ayam hutan tidak begitu sesuai dipelihara bersama-sama ayam kampung kerana akan menurunkan kualiti baka ayam kampung. Baka ayam kampung akan menjadi kecil dan mirip ayam hutan.



Sepasang ayam hutan dewasa


Seekor ibu ayam hutan bersama-sama 5 ekor anak yang baru menetas.


Lima ekor anak ayam hutan.
Mula dipisahkan daripada ibunya selepas sebulan menetas.

Gambar-gambar di bawah menunjukkan perkembangan tumbesaran lima ekor anak-anak ayam hutan
sehingga sekarang. 2 jantan dan 3 betina. 
















Seekor lagi ibu ayam hutan yang lain.


Ayam hutan betina.


Ayam hutan jantan yang dipelihara adalah ayam hutan asli
 yang datang sendiri masuk ke dalam reban ayam WP.

Walau pun dipelihara secara kurung lepas, ayam-ayam hutan ini masih sukar didekati dan boleh terbang tinggi seperti ayam hutan liar. Ayam-ayam hutan akan masuk ke reban pada waktu senja dan diberi makan jagung hancur bercampur dedak ayam.

Salam bertani.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan