Isnin, 20 Jun 2016

Pokok belimbing Besi.

Salam bertani.

Ada sepohon belimbing besi di kebun WP yang baru berumur setahun lebih telah mengeluarkan bunga dan buah. Ini adalah musim kedua pokok belimbing besi ini berbuah. Kali ini ia berbuah muda dan mengeluarkan bunga pada masa yang sama.

  Buah muda belimbing besi perlu dibuat penjarangan dan dibalut. Lalat buah amat menggemari buah belimbing besi kerana kulit buahnya yang lembut dan berair. Sekiranya tidak dibalut, buah belimbing besi akan rosak dan tidak dapat dituai. Buah belimbing besi muda berwarna hijau dan akan bertukar berwarna kuning cair apabila matang.

    Pokok belimbing boleh dibiakkan dengan menggunakan biji benih, cantuman mata tunas dan kaedah tut. Pokok yang disemai melalui biji benih dijadikan pokok penanti untuk dicantumkan dengan mata tunas varieti belimbing besi terpilih. Pokok yang dibiakkan dengan kaedah tut dan cantuman akan cepat berbuah berbanding pokok yang ditanam melalui biji benih.

  Pokok belimbing perlu dipangkas selepas berbuah untuk mendapatkan bentuk yang sesuai dan dapat mengawal ketinggiannya. Buah yang tinggi tidak dapat dibalut dan akan rosak sebelum dituai. Pokok belimbing besi dikategorikan sebagai pokok buah-buahan yang tidak bermusim dan akan berbuah sepanjang tahun.


Pokok belimbing besi yang berumur setahun lebih sudah
dua kali berbuah.


Buah musim pertama.


Buah musim pertama tidak begitu lebat.


Buah musim kedua lebih lebat


Buah ini perlu dibalut untuk mengelakkan
serangan lalat buah.


Buah yang rendah hampir mencecah tanah


Buah-buah ini perlu penjarangan sebelum dibalut


Disamping buah muda, terdapat juga bunga yang baru terbentuk


Berbunga dan berbuah serentak.

Buah belimbing besi mengandungi pelbagai vitamin untuk kesihatan tubuh terutama vitamin C yang berguna untuk kesihatan kulit. Ia juga mengandungi pelbagai khasiat perubatan terutama bagi pengidap kalesterol tinggi, kencing manis, darah tinggi dan pelbagai penyakit lain.

Tanamlah pokok belimbing besi untuk mendapatkan manfaat kesihatan dan perubatan.
Salam bertani.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum. Anda menggunakan baja apa untuk tanaman ini? Mohon share dengan saya tips penanaman nya. Boleh wsp saya di no 0192205807. Saya sangat memerlukan tips dan teknik penjagaan pokok ini. Terima kasih.

    BalasPadam