Khamis, 16 Jun 2016

Pokok Nona.

Salam bertani.

Salah satu pokok buah-buahan nadir yang terdapat di negara kita ialah pokok nona. Ada dua jenis pokok nona yang biasa ditanam iaitu pokok nona kapri dan nona serikaya. Ada sepohon nona kapri yang terdapat di kebun WP dan telah mengeluarkan hasil.

     Pokok nona merupakan jenis buah-buahan yang tidak bermusim dan boleh berbuah sepanjang tahun. Buah matangnya mengandungi banyak biji benih dan rasa buahnya seakan-akan buah durian belanda.

       Ia boleh disemai melalui biji benih tetapi peratus pertumbuhannya agak rendah. Cara mudah untuk membiakkan pokok nona ialah dengan cara cantuman baji menggunakan pokok penanti anak pokok durian belanda. Cara ini adalah yang paling baik kerana pokok yang dihasilkan lebih subur dan lebih cepat membesar.


Anak benih nona kapri yang disemai melalui biji benih.



Anak benih nona kapri  yang sesuai diubah ke tanah.


Buah nona kapri muda


Warna hijau keperangan semasa muda.


Buah yang hampir matang.
Buahnya berbentuk jantung.


Buah nona yang matang bertukar warna kemerahan.
Kulitnya  lembut seperti buah durian belanda.


Daun pokok nona berbentuk lonjong.


Pokok nona yang telah dipangkas selepas buahnya dituai.


Pemangkasan dilakukan untuk mengurangkan ketinggian pokok dan
 menggalakan pembentukan ranting baru yang lebih subur.


Selepas beberapa bulan dipangkas, pokok nona bersedia
untuk berbunga semula.

Buah nona kapri mengandungi pelbagai khasiat kesihatan yang berguna kepada tubuh badan kita.  Kulit pokok dan daunnya juga mengandungi khasiat perubatan herba yang boleh meredakan pelbagai penyakit dan telah diamalkan oleh masyarakat kita sejak  dahulu.

Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan