Sabtu, 4 Jun 2016

Pokok Remayung.

Salam bertani.

Salah satu jenis pokok sayuran yang terdapat di kebun WP ialah pokok remayung. Sebenarnya pokok sayur ni banyak namanya. Ada yang panggil pokok sayur raja, pokok bayam malabbar malah ada yang panggil bayam bangla sebab Mat Bangla sangat suka membeli sayur ini.

  Pokok sayur remayung mudah dibiakkan melalui keratan batang muda dan boleh juga ditanam melalui biji benih. Ia boleh ditanam di atas batas sama ada menjalar atau diberikan junjungan kerana ia boleh melilit dan memanjat.

  Daun dan pucuk muda sayuran remayung boleh dimasak seperti sayuran lain sama ada di masak tumis air/sup, masak goreng belacan dan boleh juga dijadikan campuran nasi goreng atau mee goreng. Biasanya kita hanya memasak daunnya sahaja kerana batangnya agak berlendir


Anak pokok remayung yang dibiakkan melalui keratan batang muda.


Pokok remayung semakin membesar.


Pucuknya sudah boleh dituai.


Pokok remayung yang memanjat pagar.


Pucuk remayung yang sesuai dituai.


Hidup subur di kawasan yang lembap.


Memenuhi ruangan pagar.



Mudah hidup dan mengeluarkan pucuk yang banyak.


Pokok remayung boleh melilit dan menanjat.


Sayuran remayung yang dijual.
RM1.00 seikat.

Selain enak dijadikan masakan, pokok sayur remayung juga mempunyai khasiat kesihatan. Ia dikatakan baik untuk kesihatan organ dalaman kita terutama buah pinggang dan pankerias yang dapat membantu pengidap kencing manis dan darah tinggi.

Tanamlah pokok sayuran remayung yang mudah dan cepat mengeluarkan hasil.
Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan