Sabtu, 18 Jun 2016

Tanaman Pokok Kantan 2.

Salam bertani.

WP memulakan projek menanam  pokok kantan sejak dua bulan lalu menggunakan benih daripada pecahan rumpun. Pada masa itu musim panas dan kemarau melanda dan terpaksa disiram setiap hari. Mujurlah bekalan air di kebun sentiasa ada. Alhamdulillah sekarang hujan dah selalu turun, anak pokok kantan sudah mula membesar dan tumbuh dengan subur. Kerja-kerja seterusnya yang dilakukan ialah membuang rumpai di sekeliling anak pokok tersebut dan membaja sekali sekala.






Pokok kantan yang dijadikan benih tanaman.
Mempunyai beberapa rizom baru.


Sebaris pokok kantan yang baru ditanam.


Rizom pokok kantan mulai tumbuh.


Rizom mula mengeluarkan daun.


Tiga anak pokok kantan telah kelihatan.



Pokok-pokok kantan berusia satu bulan





Pokok-pokok kantan berusia sebulan setengah.





Pokok-pokok kantan berusia dua bulan.












Kerja-kerja merumput sentiasa dilakukan supaya kawasan penanaman sentiasa bersih terutama di sekeliling anak pokok kantan. Rumpai akan  menjadi pesaing kepada tanaman dari segi penggunaan nutrien dan ruanga serta boleh menjadi tempat pembiakan  serangga perosak. Tanaman pokok kantan ini telah dua kali dibaja dengan baja NPK 15:15:15. Baja orgaanik tidak digunakan kerana tanah ini kaya dengan bahan organik semulajadi.

Semoga usaha-usaha ini akan membuahkan hasil.
Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan