Sabtu, 13 Ogos 2016

Anak Benih 2.

Salam bertani.

 Pokok sayur-sayuran kampung, pokok herba dan pokok bunga  boleh dibiakkan melalui pelbagai cara. Kebanyakan pokok-pokok daripada kategori ini mudah dibiakkan melalui kaedah keratan batang dan semaian biji benih. Ada juga yang perlu dibiakkan melalui pembahagian rumpun, rizom dan kaedah tut.


Pokok sayur pucuk manis disemai terus ke batas melalui keratan batang hijau.


Pokok lengkuas dibiakkan melalui pembahagian rumpun atau rizom.


Ank benih pokok timun tikus yang disemai melalui biji benih.


Anak benih lada/cili ditanam melalui biji benih.


Pokok ulam raja tumbuh sendiri melalui biji benih
yang disebarkan oleh angin.


Pokok cempaka telur dibiakkan melalui kaedah tut.


Anak benih pokok kenanga dibiakkan melalui kaedah tut.


Pokok kaduk disemai melalui keratan pucuk.


Bahan penanaman pokok buluh batu didapati
daripada pengasingan rumpun.


Pokok pecah beling ditanam terus ke pasu melalui keratan batang.


Pokok lengkuas pink disemai melalui rizom.


Anak pokok tenggek burung disemai melalui biji benih.


Anak benih pokok markisa yang disemai melalui biji benih.


Anak benih pokok belinjau yang disemai melalui biji benih.


Pokok lemba disemai melalui sulur anak.


Pokok kesum yang ditanam melalui keratan batang.


Pokok serai ditanam terus ke tanah melalui pecahan rumpun.


Pokok kunyit yang dibiakkan melalui rizomnya


Pokok turi ditanam melalui keratan batang.


Pokok saderi ini ditanam melalui lebihan pokok yang dibeli di pasar.
Perdunya ditanam semula untuk mendapatkan pokok baru seperti ini.


Anak pokok bebuas yang disemai melalui keratan batang muda.


Pokok halia yang disemai melalui rizom.


Tapak semaian anak-anak pokok.


Tapak semaian perlu dekat dengan punca air kerana
penyiraman dilakukan dua kali sehari.

Sala bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan