Jumaat, 12 Ogos 2016

Jambu Air : Tanam Sepokok Tak Habis Makan.

Salam bertani.

WP ada menanam beberapa pokok jambu air madu yang sudah pun mengeluarkan hasil. Musim buah jambu air sudah berakhir. Gambar ini dirakam semasa musim buah yang lepas. Untuk mendapat hasil yaag boleh dituai, buah jambu air ini memerlukan pengurusan yang teliti. Buah jambu air perlu dibuat penjarangan sebelum dibalut dengan kertas atau plastik. Buah yang dituai tidak boleh jatuh ke tanah untuk mengelakkan kerosakan.

Faktor cuaca juga memainkan peranan yang penting semasa buah jambu air hampir matang. Sekiranya sering hujan buah jambu air akan merekah kerana bekalan air yang berlebihan. Hujan panas juga akan mengakibatkan banyak buah jambu air yang akan gugur sebelum sempat dituai.



Buah jambu air yang masih muda.



Perlu dibalut untuk mengelakkan serangan lalat buah.


Berbuah lebat setiap musim.


Setangkai buah jambu air muda,




Jambu air berbuah mengikut musimnya yang tersendiri.


 Tanamlah pokok buah-buahan tempatan untuk keperluan sendiri atau sumber pendapatan tambahan.
Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan