Selasa, 9 Ogos 2016

Pokok Kunyit.

Salam bertani.

Pokok kunyit merupakan tanaman herba pelbagai guna yang perlu ada pada setiap rumah. Pokok kunyit mudah ditanam sama ada di dalam pasu, polibeg atau di atas tanah. Ia mudah hidup dengan subur asalkan mendapat bekalan air dan cahaya matahari yang cukup.

Pokok kunyit membiak melalui rizom yang akan mengeluarkan anak dari dalam tanah sama seperti pokok halia, lempuyang atau lengkuas. Ia boleh ditanam melalui pengasingan rumpun atau rizomnya (isi kunyit). Hasil tanaman kunyit ialah rizomnya dan juga daun kunyit.

Kegunaan utama pokok kunyit ialah untuk masakan seharian kita sama ada mengunakan kunyit hidup atau serbuk kunyit terutama untuk perencah menggoreng lauk pauk seperti ikan, daging dan sebagainya. Kunyit juga dijadikan bahan  masakan lemak kuning, singgang dan bermacam lagi. Daun kunyit boleh dibuat ulaman, untuk masakan rendang, lemak kuning dan bahan balutan lauk yang dibakar.

Laayan gambar-gambar pokok kunyit yang terdapat di sekeliling rumah WP.


Pokok kunyit ditanam untuk daun dan rizomnya.


Mudah hidup dan menbiak


seperdu pokok kunyit


Pokok kunyit yang baru tumbuh.


Pokok kunyit yang subur menghijau.




Bunga kunyit muda boleh dibuat ulaman



Bunga kunyit yang menarik.


Rizom kunyit yang dijadikan bahan masakan dan bahan penanaman.
Boleh tahan lama dan tidak perlu disimpan di dalam peti ais.

Pokok kunyit juga mempunyai nilai herba yang berguna kepada kesihatan dan perubatan tradisional. Ia dikatakan mempunyai bahan antioksidan dan boleh mengawal pelbagai penyakit kronik. Kunyit  merupakan salah satu bahan yang digunakan untuk ramuan melangsingkan badan dan jamu lepas bersalin. Kunyit juga digunakan untuk tujuan kosmetik dan penjagaan kulit. Kalau hidung kita tersumbat akibat selsema, bolehlah coletkan hirisan ibu kunyit untuk melegakannya. Waulahualam.

Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan