Selasa, 2 Ogos 2016

Rambutan Jarum Emas.

Salam bertani.

Rambutan klon jarum emas adalah salah satu jenis rambutan yang ditanam di kebun WP selain rambutan anak sekolah dan rambutan gading. Pada tahin ini beberapa pokok rambutan jarum emas telah berbunga dan berbuah lebat. Buah rambutan jarum emas telah hampir matang sekarang.

WP sempat merakamkan perkembangan dari mula pokok rambutan jarum emas mengeluarkan bunga hinggalah hampir matang sekarang.


01.04.2016  : Mula mengeluarkan bunga


15.04.2016 : Bunga sedang berkembang.


06.05.2016 : Bunga-bunga yang terdebunga.


15.05,2016 : Putik buah


20.05.2016 : Putik buah semakin membesar.


24.05.2016 : Putik buah yang lebat.



31.05.2016 : Buah muda


31.05.2016 : Buah muda semakin membesar.



07.06.2016 : Buah muda yang lebat hingga mencecah tanah.


07.06.2016 : Buah muda mula tunduk ke bawah.


27.06. 2016 : Buah muda sudah berisi.


15.07.2016 : Buah hampir matang


20.07.2016 : Warnanya bertukar kemerah-merahan


30.07.2016 : Buah hampir matang dan semakin berisi.


Sebiji buah rambutan jarum emas hampir matang.
Saiz buah besar dan mempunyai rerambut yang panjang.


Belahan sebiji buah rambutan jarum emas.
Isi yang tebal, biji kecil, manis dan longkah.
Selaput kulit tidak melekat pada isi.

Musim durian peringkat ke-dua hampir berakhir. Beberapa minggu lagi musim buah rambutan pula akan mengambil giliran. Harga buah rambutan kali ini juga dijangka tinggi kerana bekalannya yang agak terhad dan musim tuainya yang tidak serentak.

Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan