Isnin, 19 September 2016

Kelapa Matag.

Salam bertani.

WP nak tunjukkan sepohon kelapa matag yang ditanam di belakang rumah. Pokok kelapa matag ini baru mencapai usia tiga tahun sudah belajar berbuah. Alhamdulillah, hasilnya sudah dapat dirasai oleh tuan tanah.

Sepohon kelapa matag di kebun WP.
Berjiran dengan pokok pucuk manis, pegaga, nanas sarawak,
pisang 40 hari, lengkuas, jambu air dan serai.


Pokok kelapa matag mula mengeluarkan seludang pertama
pada usia 3 tahun.


Putik buah. 11 biji yang lekat.


Putik sedang membesar.


11 biji buah kelapa mataq semakin membesar.


Buahnya terpaksa disangga kerana terlalu berat.


Buah kelapa matag


Buah kelapa matag muda (degan).


Beberapa biji sudah dituai.


Hasil tuaian untuk sekali santap.


Isi kelapa matag muda.



Jemput minum air kelapa  matag muda.
Sangat manis dan menyelerakan.

Pekebun sekarang perlu menanam pokok kelapa matag berbanding kelapa kampung (Malaysian Tall).
Pokok kelapa matag cepat mengeluarkan hasil dan buahnya sangat lebat.

Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan