Jumaat, 20 Januari 2017

Asam Gelugur

Salam bertani.

Pokok asam gelugur adalah pokok saka berkayu yang tinggi dan besar apatah lagi sekiranya ditanam dengan biji benih. Walau bagaimana pun, pokok asam gelugur yang dibiakkan melalui kaedah cantuman baji agak kurang membesar dan rimbun serta cepat mengeluarkan hasil. Sebahagian pokok asam gelugur yang ditanam melalui biji benih tidak akan mengeluarkan hasil sekiranya menjadi pokok jantan.

Hasil utama tanaman asam gelugur ialah buahnya yang dijadikan asam keping. Buah asam gelugur matang berasa sangat masam dan sesuai dijadikan perasa masam makanan menggantikan asam jawa.
Buah matang asam gelugur dihiris nipis-nipis dan dijemur selama sepuluh hari sehingga kering menjadi asam keping. Asam keping digunakan sebagai perasa masakan melayu seperti masak asam pedas, masak lemak cili api dan masak singgang. Ia juga digunakan untuk menghilangkan bau hanyir ikan atau daging.

Pucuk muda asam gelugur boleh dijadikan ulaman sama ada dimakan mentah atau dicelur dan dimakan bersama sambal belacan, budu atau cencaluk. Ia juga boleh dijadikan ramuan nasi kerabu dan nasi ulam.


Sebiji buah asam gelugur matang.


Anak benih pokok asam gelugur yang dibiakkan melalui cantuman baji.


Setangkai bunga asam gelugur.



Bunga asam gelugur akan membentuk putik buah.


Buah asam gelugur muda.


Sebiji lagi.


Buah asam gelugur muda yang gugur ke tanah.



Digugurkan oleh monyet tetapi tidak memakannya kerana
rasanya terlalu masam.


Buah asam gelugur matang yang sesuai dituai untuk dijadikan 
asam keping.


Inilah asam keping.
Hasil daripada buah asam gelugur yang dikeringkan.


Harga runcit asam keping melebihi RM22.00 sekg


Daun pokok asam gelugur.
Pucuk mudanya boleh dijadikan ulaman.


Sepohon asam gelugur dewasa yang sentiasa mengeluarkan bunga
dan buah. Buahnya tidak bermusim dan dihasilkan sepanjang tahun.

Daun, bunga dan buah asam gelugur mempunyai nilai herba yang boleh digunakan sebagi bahan perawatan alternatif pelbagai jenis penyakit. Ia mengandungi asid askorbik yang bersifat antibakteria.
Ia juga boleh digunakan untuk perawatan penyakit kencing manis, menurunkan darah tinggi, mengurangkan berat badan, mengawal nafsu makan dan masalah jantung dan bertindak sebagai antioksidan. Manakala jus minuman asam gelugur boleh mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.
Waulahualam.

Salam bertani.

1 ulasan:

  1. saya amat berminat dgn tanaman ini. betul ke anak pokok biji akam tahan labih lama?

    BalasPadam