Khamis, 6 Julai 2017

'Terkejut Beruk'

Salam bertani

Petang semalam sewaktu bekerja membersihkan dusun, WP hampir terpijak seekor ular tedung perang  yang sedang berteduh di bawah sepohon manggis. Kemungkinan cuaca yang amat panas menyebabkan ular ini keluar dari sarangnya untuk menyejukkan badan. WP sempat mencapai sebatang buluh dan memukul kepala ular tersebut sehingga mati. Saiz ular tersebut lebih kurang sebesar lengan.

Ular tedung adalah binatang yang pendendam. Sekiranya kita hendak memukulnya pastikan sehingga ia mati. Senjata semula jadi yang paling berkesan untuk membunuh ular ialah buluh.



Ular ni dah mati.

Syukur, Allah masih menyelamatkan WP dari sebarang kemudharatan.
Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan