Khamis, 10 Ogos 2017

Pokok Sansevieria

Salam bertani



Pokok sansivieria  biasanya kita panggil pokok lidah jin atau lidah mentua. Ia ada banyak  jenis tetapi WP tanam beberapa jenis saja. Sesuai ditanam terus ke tanah dan boleh juga ditanam di dalam pasu. Pokok sansivieria cepat membiak dengan mengeluarkan stolon yang akan membentuk anak pokok.

Anak benih pokok sansevieria boeh didapati daripada pecahan rumpun. Rumpunan yang telah padat di dalam pasu bolehlah diubah dan dipisah-pisahkan menjadi beberapa bahagian dan ditanam ke dalam pasu yang berasingan. Pokok sansevieria boleh juga dibiakkan melalui keratan daun. Daun sansevieria dipotong kepada beberapa bahagian dan disemai ke tapak semaian berpasir sebelum dipindahkan ke dalam pasu.

Pokok sansevieria tidak memerlukan pencahayaan yang penuh. Ia boleh diletakkan di tempat yang naung malah boleh dijadikan tanaman hiasan di dalam rumah  yang dapat menyegarkan udara. Daun pokok sansevieria juga mempunyai nilai herba yang boleh digunakan untuk perawatan sesetengah penyakit.



Pokok sansevieria di dalam pasu.


Hidup subur dengan penjagaan yang mudah.


Sejenis pokok sansevieria yang lain


Cepat membiak sekiranya ditanam di atas tanah.


Bunga pokok sansevieria.
Bunganya jarang-jarang kita lihat.

Salam bertani.
Catat Ulasan