Selasa, 8 Ogos 2017

Telur Ayam Kampung

Salam bertani

Ayam kampung yang WP ternak sudah mula mengeluarkan hasil. Kebanyakan ayam kampung jantan telah dijual dan disembelih sepanjang bulan Ramadan dan Syawal yang lepas. Harga jualan ayam kampung hidup ialah RM12.00 sekilogram.

 Ayam kampung betina sudah mula bertelur dan telurnya perlu dikutip setiap hari. Ayam betina yang sudah habis musim bertelur perlu dikurung beberapa hari untuk mengelakkan ia mengeram dan mengganggu ayam-ayam betina lain yang hendak bertelur.


Kutipan sehari.


Ayam-ayam betina akan bertelur di dalam kotak telur yang disediakan.


Hasil seminggu (4 tray)
Telur ayam kampung ini WP jual kepada seorang peniaga
pasar minggu dengan harga 50 sen sebiji.
Sekiranya WP jual sendiri di paskam/pasar tani harganya 60 sen sebiji.


Telur ayam (depan) dan telur itik (belakang warna putih)
yang dijual di paskam. Harganya sama.


Sebahagian daripada ayam-ayam betina yang diternak.


Seekor ayam betina kampung


Pengawal ternakan ayam WP

WP menternak ayam kampung sebagai hobi untuk memenuhkan masa seharian dengan aktiviti yang berfaedah. Sebahagian hasil daging dan telur ayam kampung adalah untuk kegunaan sendiri dan selebihnya dijual untuk pulangan modal membeli makanan ayam.

Salam bertani.
Catat Ulasan