Rabu, 2 Ogos 2017

Terkejut Biawak

Salam bertani

'Terkejut biawak' adalah salah satu peribahasa melayu yang sudah jarang-jarang kita gunakan.
Tetapi cerita pagi tadi, WP betul-betul terkejut biawak kerana mendapati  ada seekor biawak yang sangat besar sedang melahap telur-telur ayam kampung di dalam reban. Nasib baiklah kesemua ayam kampung WP berada di luar reban.

WP segera menutup pintu reban ayam menyebabkan biawak tersebut terperangkap di dalamnya. Ada dua pilihan yang perlu WP ambil sama ada melepaskan biawak tersebut atau membunuhnya. Kalau dilepaskan mungkin biawak tersebut akan datang menyerang lagi jadi WP ambil keputusan untuk menamatkan riwayatnya.



Seekor biawak besar sedang terperangkap di dalam reban ayam


Sangat besar seperti seekor komodo atau anak buaya.



Dengan kudrat yang ada, biawak tersebut dapat ditewaskan
Panjangnya melebihi 2m



Biawak betina ini mungkin kelaparan kerana mengeram


Tamatlah riwayat seekor biawak


Salam bertani.

Catat Ulasan